CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Saturday, January 30, 2010

Kek Lapis Strawberi

20 biji kuning telur
8 biji putih telur
300 gm gula halus
250 gm tepung Hong Kong
300 gm mentega
1 paket serbuk aiskrim perisa strawberi
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh pes strawberi
1 sudu makan ovalett

1. Pukul mentega hingga putih. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula, tepung & baking powder sampai pekat. Tambah ovalett & pukul lagi sampai betul-betul pekat.
3. Satukan adunan mentega dengan adunan telur & gaul sebati.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian:
(i) satu bahagian dicampur pes strawberi & serbuk
aiskrim
(ii) satu bahagian dibiarkan begitu sahaja
5. Dengan menggunakan grill, bakar bahagian (ii), diikuti bahagian (i). Ulang proses yang sama sampai adunan habis.

Friday, January 29, 2010

Lapis Masam-masam Manis

10 biji kuning telur
6 biji putih telur
3-4 bungkus buah Haw Flakes (bentuk segi empat)
80 gm horlicks
300 gm mentega + 5 sudu makan susu manis (dikacau rata & ketepikan)
90 gm air ais
1 sudu makan ovalett
250 gm gula halus
1 tin (kecil) kaya
300 gm tepung Hong Kong

1. Telur, gula & ovalett dipukul sampai pekat.
2. Masukkan tepung, horlicks, kaya & air ais.
3. Masukkan adunan mentega & gaul sebati.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian & beri warna hijau & kuning.
5. Dengan menggunakan grill, bakar sebanyak 5 senduk makan adunan hijau dulu.
6. Bila bahagian atas kuih sudah kuning, letakkan buah masam-masam manis.
7. Tuang 5 senduk makan adunan kuning & bakar. Letakkan lagi buah haw flakes.
8. Ulang proses 6 & 7 sampai habis adunan.