CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Wednesday, August 10, 2011

Mufin Coklat

Bahan-bahan:
1 1/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh serbuk penaik double action
3/4 cawan serbuk koko
secubit garam
1 1/2 cawan gula halus
3 sudu meja mentega
2 biji telur
1 cawan susu segar
sedikit vanilla


Cara membuatnya:

1. Ayak tepung, soda bikarbonat, serbuk penaik. serbuk koko & garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega & gula sampai gebu. Masukkan telur sebiji sebiji & gaul sampai rata.
3. Masukkan esen vanilla. Tambah tepung secara berselang seli dengan susu segar sambil dikacau
sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam paper cups bersaiz sederhana. Masukkan sampai 3/4 penuh.
5. Bakar selama lbh kurang 20-30 minit.



Wednesday, July 13, 2011

POPIA GORENG

Bahan-bahannya: 20 keping kulit popia

Inti:

1 biji sengkuang (lbh 800gm)- dipotong memanjang & nipis
1 batang lobak merah - dipotong memanjang seperti sengkuang juga
6-8 kuntum cendawan kering - rendam & hiris halus
200 gm isi ayam (cincang halus)
5 ulas bawang putih - cincang
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk stok ayam
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam & tumis sehinnga berbau harum.
3. Kemudian masukkan cendawan & lobak merah, kacau rata.
4. Masukkan sengkuang & semua bahan perasa, gaul rata sehingga cukup masak. ketepikan & biar sejuk.
5. Ambil kulit popia & letakkan inti di tengahnya, & gulung dengan kemas. Lekatkan hujung popia dengan bancuhan tepung gandum.
6. Kemudian goreng popia hingga garing & sedia untuk dinikmati bersama sos.


Tat Telur

Bahagian Pastri A:
150 gm tepung gandum
20 gm tepung kastad
30 gm gula icing
60 gm lemak sayur (shortening)
2 - 3 sudu makan air

1. Campur semua bahan, kecuali air...guna rub-in method & tambah air.
2. Uli sampai rata....bahagi kepada 15 bahagian

Bahagian Pastri B:
90 gm tepung gandum
60 gm shortening

1. Gaul rata sehingga menjadi doh yg lembut.
2. Bahagikan kepada 15 bahagian juga
3. Masukkan pastri B ke dalam pastri A. Giling memanjang & gulung ketat spt swiss roll. Potong kepada beberapa bahagian, giling nipis dan masukkan ke dalam acuan tat. Bakar selama 15 - 20 minit.

Inti:
3 biji telur, dipukul
120 gm gula kaster
200 ml air panas
50 ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka
sedikit pewarna kuning

1. Masukkan gula ke dal;am air panas, kacau sampai gula larut, biarkan sejuk.
2. Satukan semua bahan lain & ahkir sekali tuang air gula tadi.
3. Tapis adunan, kemudian tuang ke dalam tat tadi.
4. Bakar dalm oven dengan suhu 180C selama 15 - 20 minit.

Tuesday, March 15, 2011

Tat Nenas

240 gm mentega
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
500 gm tepung
sedikit esen vanilla
2 - 3 sudu meja air ais
jem nenas secukupnya

1. Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan.
2. Masukkan mentega & ramas dengan jari sehingga menyerupai serbuk roti (breadcrumbs).
3. Pukul telur (kuning & putih), tambah esen vanilla & air ais. Masukkan secara perlahan ke dalam adunan tepung sambil digaul sampai menjadi doh.
4. Tutup doh dengan kain lembab & rehatkan selama 1/2 jam.
5. Bentukkan tat dengan acuan tat & letakkan sedikit jem nenas. Hias atas tat mengikut citarasa masing-masing.
6. Bakar selama 20 - 25 minit atau sampai masak di dalam oven bersuhu 150 C.


Kek Lapis India

450 gm mentega
10 biji telur gred A
70 gm nestum beras (lebih baik kalau diblend sebentar)
250 gm gula caster
50 gm serbuk santan
130 gm tepung gandum
100 gm serbuk biskut marie (blend dulu baru timbang)
1 tin susu manis (388 gm)
esen vanilla
kepingan coklat cadbury secukupnya

1. Pukul mentega & gula sampai gebu.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus dipukul.Tambah 1 sudu teh esen vanilla.
3. Masukkan susu manis, serbuk santan, nestum beras & serbuk biskut marie. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit & gaul sampai rata.
5. Gril lapisan pertama sampai masak. Sebelum membakar lapisan kedua,susun kepingan coklat. Buat begitu sampai habis.

Kek Lapis Blueberi


450 gm mentega
250 gm keju krim
1 sudu makan ovalette
180 gm gula caster
10 biji telur
1 tin susu manis (388 gm)
120 gm horlicks
300 gm tepung
250 gm jem blueberi
pewarna ungu secukupnya

1. Pukul mentega, keju krim & ovalette sampai gebu.
2. Masukkan gula & pukul lagi.
3. Masukkan telur sebiji sebiji & pukul sampai adunan sebati.
4. Tambah tepung & horlicks & gaul rata.
5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian : i) dimasukkan jem blueberi & pewarna ungu
ii) dibiarkan seperti asal & bahagi kepada 2 bahagian (lapisan atas & bawah)
6. Gril bahagian asal sebanyak 4 lapisan dengan menggunakan acuan 9 x 9 sampai habis diikuti bahagian blueberi & akhir sekali bahagian asal sebanyak 4 lapisan lagi. (rujuk gambar kek)

.

Kek Lumut

500 gm mentega
120 gm gula caster
1 sudu makan ovalette
10 biji telur
1 tin susu manis (388 gm)
1 tin kaya (300 gm)
250 gm tepung gandum
200 gm horlicks
1 sudu makan pandan paste

1. Pukul mentega, gula & ovalette sampai gebu.
2. Masukkan telur sebiji sebiji & pukul sampai sebati.
3. Masukkan susu manis & kaya sambil digaul sebati.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit & gaul lagi. Kemudian masukkan horlicks.
5. Tambah sedikit pandan paste & gaul sebati.
6. Kukus selama 4 jam dengan menggunakan acuan 10 x 10 yang beralaskan kertas minyak. Tutup acuan dengan aluminium foil untuk mengelakkan air menitik ke atas kek.