CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Saturday, January 30, 2010

Kek Lapis Strawberi

20 biji kuning telur
8 biji putih telur
300 gm gula halus
250 gm tepung Hong Kong
300 gm mentega
1 paket serbuk aiskrim perisa strawberi
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh pes strawberi
1 sudu makan ovalett

1. Pukul mentega hingga putih. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula, tepung & baking powder sampai pekat. Tambah ovalett & pukul lagi sampai betul-betul pekat.
3. Satukan adunan mentega dengan adunan telur & gaul sebati.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian:
(i) satu bahagian dicampur pes strawberi & serbuk
aiskrim
(ii) satu bahagian dibiarkan begitu sahaja
5. Dengan menggunakan grill, bakar bahagian (ii), diikuti bahagian (i). Ulang proses yang sama sampai adunan habis.

No comments:

Post a Comment