CANTIKDANSEDAP
selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP
selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......
selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......
Saturday, February 20, 2010
Talam Serimuka
Bahagian bawah:
600 gm beras pulut ( basuh & rendam selama 1 jam)
400 ml santan cair
2 sudu teh garam
1. Toskan beras pulut & masukkan ke dalam acuan.
2. Tambah garam & gaul sebati.
3. Tuang santan & kukus sampai pulut masak (15 - 20 minit).
4. Tekan pulut supaya padat. Kukus semula selama 5 minit.
5. Tuang bahagian santan ke atas pulut tadi & kukus lagi selama 25 minit.
6. Sejukkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Bahagian atas:
4 biji telur
450 ml santan pekat
350 gm gula pasir
150 ml air pandan
4 sudu makan tepung ubi
4 sudu makan tepung gandum
secubit garam
1. Pukul telur dengan garam & gula sampai gula hancur.
2. Tambah tepung & kacau sebati.
3. Masukkan santan & kacau agar sebati.
4. Tapis adunan ke dalam periuk & masak cara double boil sehingga adunan agak pekat.
5. Tuang ke atas adunan pulut & kukus selama 25 minit.
6. Sejukkan kuih sebelum dipotong.
Saturday, February 13, 2010
Mihun Goreng Ala Tom Yam
500 gm mihun (rendam sehingga lembut & toskan)
200 gm isi ayam (dipotong nipis)
250 gm udang segar (buang kulit)
200 gm sotong segar (dipotong)
200 gm kobis (dihiris nipis)
1 batang lobak merah (dihiris halus seperti batang mancis)
4 kuntum cendawan kering (direndam & potong memanjang)
4-5 helai daun limau purut (diracik halus)
5 ulas bawang putih (dicincang)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 biji telur
daun ketumbar, daun bawang & cili merah (dipotong halus untuk ditabur)
sedikit bawang goreng
garam & gula secukup rasa
1 sudu makan nam pla (sos ikan Thai)
1 sudu makan pes cili (kalau nak lebih pedas, boleh tambah lagi)
2-3 sudu makan pes tom yam
minyak untuk menumis
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & bawang putih sehingga perang.
2. Masukkan pes cili, kacau sampai garing barulah dimasukkan pes tom yam.
3. Bila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan ayam & kacau rata.
4. Bila nampak masak isi ayam, masukkan udang & sotong & kacau.
5. Masukkan garam, gula diikuti telur. Kacau rata. Tambah nam pla.
6. Sekiranya agak kering, bolehlah tambah sedikit air.
7. Masukkan lobak merah, cendawan & mihun.
8. Bila mihun kelihatan lembut, masukkan hirisan kobis & gaul rata.
9. Rasakan masinnya sebelum dimasukkan hirisan daun limau purut.
10. Bila menghidang, taburkan hirisan daun ketumbar, daun bawang, cili & bawang goreng. Untuk lebih sedap, tambah perahan jus limau kasturi.
Tat Keju Blueberry
Bahagian pastri
250 gm mentega
125 gm gula halus
500 gm tepung gandum
2 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
2 sudu makan air sejuk
1 sudu teh esen vanilla
1. Pukul sedikit kuning telur bersama dengan esen vanilla.
2. Satukan tepung dan gula.
3. Masukkan mentega ke dalam tepung dan ramas sehingga menyerupai serbuk roti.
4. Tambah kuning telur & air sejuk. Uli sampai menjadi doh yang lembut.
5. Simpan doh dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit sebelum digunakan.
6. Letakkan doh yang sudah digiling nipis ke dalam acuan tat.
7. Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 180 C. Ketepikan.
Bahagian inti (keju)
500 gm keju krim
120 gm gula halus
2 biji telur
50 gm mentega
blueberry filling secukupnya
1. Pukul keju, mentega & gula sampai berkrim.
2. Masukkan telur & pukul lagi sampai sebati.
3. Isikan inti keju ini ke dalam tat tadik (3/4 penuh).
4. Letakkan 1 sudu teh blueberry filling & buat corak dengan menggunakan lidi.
5. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 180 C.
Kek Belacan
10 biji telur
1 tin susu manis
150 gm horlick
50 gm serbuk coklat
3 sudu makan tepung gandum
8 auns mentega
3 sudu makan browning
1 gelas gula halus
1. Mentega dipukul bersama gula sampai gebu.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus dipukul.
3. Tambah susu, horlick, serbuk coklat, tepung & browning sugar.
4. Gaul sebati. Kukus selama 4-6 jam.
1 tin susu manis
150 gm horlick
50 gm serbuk coklat
3 sudu makan tepung gandum
8 auns mentega
3 sudu makan browning
1 gelas gula halus
1. Mentega dipukul bersama gula sampai gebu.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus dipukul.
3. Tambah susu, horlick, serbuk coklat, tepung & browning sugar.
4. Gaul sebati. Kukus selama 4-6 jam.
Kek Lapis Mocha
15 biji telur (buang 5 biji putihnya)
1 tin (tinggi) kaya
1 tin susu manis cap junjung
200 gm gula halus
16 ozs mentega
350 gm tepung Hong Kong
1 sudu teh baking powder
30 gm serbuk kopi Nescafe
1 sudu makan pes coklat
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalett
1. Mentega, susu & kaya dipukul sampai gebu & putih.Ketepikan.
2. Telur, gula, tepung & ovalett dipukul sampai pekat.
3. Satukan adunan mentega & adunan telur. Gaul rata & tambah esen vanilla.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
i) bubuh serbuk Nescafe & pes coklat
ii) warna asal atau boleh juga ditambah sedikit
pewarna kuning
5. Bakar (grill) selapis-selapis sampai habis adunan. Gunakan acuan persegi 8".
Subscribe to:
Posts (Atom)