CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Saturday, November 20, 2010

Fettuccine Goreng Seafood



Bahan-bahan

1 paket (500 gm) fettuccine (rebus dalam air yang banyak yang telah dibubuh 1 sudu makan garam sehingga lembut, toskan)
250 gm udang - sederhana besar, buang kulit dan biarkan ekornya
10 batang crab stick - potong menyerong
1/2 biji lada benggala merah, hijau & kuning - potong ikut suka
3-4 ulas bawang putih - cincang
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan mentega
secukup rasa garam, gula & lada hitam
sedikit parsli - jika suka
minyak untuk menumis

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali & tumis bawang putih sampai garing.
2. Masukkan udang & kacau sampai udang bertukar warna.
3. Masukkan crab stick, lada benggala (capsicum) & kacau sebentar.
4. Kemudian masukkan sos tiram, garam , lada hitam & sedikit gula.
5. Masukkan fettuccine & gaul rata. Tambah parsli & 1 sudu makan mentega. Gaul rata.
6. Hidangkan ketika masih panas.

Biskut Choc-orange



Bahan-bahan
A
250 gm mentega
80 gm gula perang (brown sugar)
2 sudu teh esen vanilla
3 sudu teh pes coklat

B
50 gm halwa kulit limau (cincang halus)
100 gm walnut (bakar sekejap, buang kulit & cincang halus)- boleh juga menggunakan badam cincang
330 gm tepung gandum

C
coklat perisa oren

1. Pukul kesemua bahan A sampai sebati.
2. Masukkan bahan B dan uli perlahan sehingga rata.
3. Canai doh tadi dan terap dengan acuan berbentuk hati. Bakar sampai masak. Sejukkan biskut.
4. Cairkan coklat oren secara double boil. Celupkan separuh biskut tadi ke dalam coklat cair & biarkan kering. Hias biskut mengikut kreativiti masing-masing.

Kek Lapis Batik Kenyalang



Bahan-bahan:

A
15 biji kuning telur + 10 biji putih telur
200 gm gula halus
270 gm tepung Hong Kong
1 camca besar ovalette

Pukul kesemua bahan A dengan kelajuan tinggi sehingga ringan dan gebu. Ketepikan.

B
1 tin mentega (454 gm)
150 gm serikaya
5 sudu makan susu manis

Pukul bahan B sampai kembang.

C
1 camca teh esen oren
2 camca teh esen vanilla
2 sudu makan pes coklat
sedikit pewarna kuning telur, hijau & oren.

1. Satukan adunan A dengan B dan gaul sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
i) bubuh 1 camca esen vanilla & pewarna kuning. Kemudian bahagi kepada 2
bahagian, iaitu untuk lapisan bawah & lapisan atas.
ii) bahagian ini dibahagi lagi kepada 3 bahagian. Bahagian 1 diberi 1 camca
teh esen vanilla & pewarna hijau. Bahagian 2 diberi esen oren & pewarna
oren sementara bahagian 3 diberi pes coklat. Kemudian isikan setiap
bahagian ke dalam botol sos (plastik).
3. Alaskan acuan 8x8 dengan kertas silicon. Bakar lapisan bawah (warna kuning) sebanyak 4 lapis. Kemudian picitkan adunan dalam botol sos tadik secara menyerong. Bakar sehingga masak setiap lapis. Buat begitu sampai kesemua adunan dalam botol sos habis digunakan. Untuk lapisan atas, bakar adunan kuning sebanyak 4 lapis juga.
4. Akhir sekali bakar kek di dalam oven bersuhu 180C selama 5 - 10 minit.
5. Sejukkan kek di dalam acuan sebelum dikeluarkan.