CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Wednesday, July 13, 2011

POPIA GORENG

Bahan-bahannya: 20 keping kulit popia

Inti:

1 biji sengkuang (lbh 800gm)- dipotong memanjang & nipis
1 batang lobak merah - dipotong memanjang seperti sengkuang juga
6-8 kuntum cendawan kering - rendam & hiris halus
200 gm isi ayam (cincang halus)
5 ulas bawang putih - cincang
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk stok ayam
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam & tumis sehinnga berbau harum.
3. Kemudian masukkan cendawan & lobak merah, kacau rata.
4. Masukkan sengkuang & semua bahan perasa, gaul rata sehingga cukup masak. ketepikan & biar sejuk.
5. Ambil kulit popia & letakkan inti di tengahnya, & gulung dengan kemas. Lekatkan hujung popia dengan bancuhan tepung gandum.
6. Kemudian goreng popia hingga garing & sedia untuk dinikmati bersama sos.


Tat Telur

Bahagian Pastri A:
150 gm tepung gandum
20 gm tepung kastad
30 gm gula icing
60 gm lemak sayur (shortening)
2 - 3 sudu makan air

1. Campur semua bahan, kecuali air...guna rub-in method & tambah air.
2. Uli sampai rata....bahagi kepada 15 bahagian

Bahagian Pastri B:
90 gm tepung gandum
60 gm shortening

1. Gaul rata sehingga menjadi doh yg lembut.
2. Bahagikan kepada 15 bahagian juga
3. Masukkan pastri B ke dalam pastri A. Giling memanjang & gulung ketat spt swiss roll. Potong kepada beberapa bahagian, giling nipis dan masukkan ke dalam acuan tat. Bakar selama 15 - 20 minit.

Inti:
3 biji telur, dipukul
120 gm gula kaster
200 ml air panas
50 ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka
sedikit pewarna kuning

1. Masukkan gula ke dal;am air panas, kacau sampai gula larut, biarkan sejuk.
2. Satukan semua bahan lain & ahkir sekali tuang air gula tadi.
3. Tapis adunan, kemudian tuang ke dalam tat tadi.
4. Bakar dalm oven dengan suhu 180C selama 15 - 20 minit.