Bahan-bahannya: 20 keping kulit popia
Inti:
1 biji sengkuang (lbh 800gm)- dipotong memanjang & nipis
1 batang lobak merah - dipotong memanjang seperti sengkuang juga
6-8 kuntum cendawan kering - rendam & hiris halus
200 gm isi ayam (cincang halus)
5 ulas bawang putih - cincang
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk stok ayam
sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam & tumis sehinnga berbau harum.
3. Kemudian masukkan cendawan & lobak merah, kacau rata.
4. Masukkan sengkuang & semua bahan perasa, gaul rata sehingga cukup masak. ketepikan & biar sejuk.
5. Ambil kulit popia & letakkan inti di tengahnya, & gulung dengan kemas. Lekatkan hujung popia dengan bancuhan tepung gandum.
6. Kemudian goreng popia hingga garing & sedia untuk dinikmati bersama sos.
No comments:
Post a Comment