CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Saturday, February 13, 2010

Mihun Goreng Ala Tom Yam



500 gm mihun (rendam sehingga lembut & toskan)
200 gm isi ayam (dipotong nipis)
250 gm udang segar (buang kulit)
200 gm sotong segar (dipotong)
200 gm kobis (dihiris nipis)
1 batang lobak merah (dihiris halus seperti batang mancis)
4 kuntum cendawan kering (direndam & potong memanjang)
4-5 helai daun limau purut (diracik halus)
5 ulas bawang putih (dicincang)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 biji telur
daun ketumbar, daun bawang & cili merah (dipotong halus untuk ditabur)
sedikit bawang goreng
garam & gula secukup rasa
1 sudu makan nam pla (sos ikan Thai)
1 sudu makan pes cili (kalau nak lebih pedas, boleh tambah lagi)
2-3 sudu makan pes tom yam
minyak untuk menumis

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & bawang putih sehingga perang.
2. Masukkan pes cili, kacau sampai garing barulah dimasukkan pes tom yam.
3. Bila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan ayam & kacau rata.
4. Bila nampak masak isi ayam, masukkan udang & sotong & kacau.
5. Masukkan garam, gula diikuti telur. Kacau rata. Tambah nam pla.
6. Sekiranya agak kering, bolehlah tambah sedikit air.
7. Masukkan lobak merah, cendawan & mihun.
8. Bila mihun kelihatan lembut, masukkan hirisan kobis & gaul rata.
9. Rasakan masinnya sebelum dimasukkan hirisan daun limau purut.
10. Bila menghidang, taburkan hirisan daun ketumbar, daun bawang, cili & bawang goreng. Untuk lebih sedap, tambah perahan jus limau kasturi.

No comments:

Post a Comment