CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Saturday, February 13, 2010

Tat Keju Blueberry


Bahagian pastri
250 gm mentega
125 gm gula halus
500 gm tepung gandum
2 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
2 sudu makan air sejuk
1 sudu teh esen vanilla

1. Pukul sedikit kuning telur bersama dengan esen vanilla.
2. Satukan tepung dan gula.
3. Masukkan mentega ke dalam tepung dan ramas sehingga menyerupai serbuk roti.
4. Tambah kuning telur & air sejuk. Uli sampai menjadi doh yang lembut.
5. Simpan doh dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit sebelum digunakan.
6. Letakkan doh yang sudah digiling nipis ke dalam acuan tat.
7. Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 180 C. Ketepikan.

Bahagian inti (keju)
500 gm keju krim
120 gm gula halus
2 biji telur
50 gm mentega
blueberry filling secukupnya

1. Pukul keju, mentega & gula sampai berkrim.
2. Masukkan telur & pukul lagi sampai sebati.
3. Isikan inti keju ini ke dalam tat tadik (3/4 penuh).
4. Letakkan 1 sudu teh blueberry filling & buat corak dengan menggunakan lidi.
5. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 180 C.

No comments:

Post a Comment