CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Saturday, February 20, 2010

Talam Serimuka



Bahagian bawah:
600 gm beras pulut ( basuh & rendam selama 1 jam)
400 ml santan cair
2 sudu teh garam

1. Toskan beras pulut & masukkan ke dalam acuan.
2. Tambah garam & gaul sebati.
3. Tuang santan & kukus sampai pulut masak (15 - 20 minit).
4. Tekan pulut supaya padat. Kukus semula selama 5 minit.
5. Tuang bahagian santan ke atas pulut tadi & kukus lagi selama 25 minit.
6. Sejukkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Bahagian atas:
4 biji telur
450 ml santan pekat
350 gm gula pasir
150 ml air pandan
4 sudu makan tepung ubi
4 sudu makan tepung gandum
secubit garam

1. Pukul telur dengan garam & gula sampai gula hancur.
2. Tambah tepung & kacau sebati.
3. Masukkan santan & kacau agar sebati.
4. Tapis adunan ke dalam periuk & masak cara double boil sehingga adunan agak pekat.
5. Tuang ke atas adunan pulut & kukus selama 25 minit.
6. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

2 comments:

  1. Salam kenal RennaSari, cantik dan sedap kuih talam yang u buat, kemas dan cantik warnanya.....

    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Palatable, salam perkenalan dari Bumi Kenyalang. Hijau tu nampak cantik sebab saya guna jus pandan sahaja, tak guna pewarna...

    ReplyDelete