CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Tuesday, December 29, 2009

Kuih Ubi Kayu Berkelapa

500 gm ubi kayu (yang sudah diparut)
250 gm gula pasir
1 biji telur
220 ml santan
3 sudu makan mentega (dicairkan)
secubit garam
1 sudu makan tepung sagu
Kelapa parut (dicampur sedikit garam & kukus 5 minit)

1. Gaul ubi kayu bersama gula & garam.
2. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit.
3. Tambah santan & tepung sagu. Gaul rata.
4. Masukkan mentega cair & tuang ke dalam acuan.
5. Kukus selama 30 - 35 minit.
6. Sejukkan sebelum dipotong & disalut dengan kelapa parut.
7. Kalau suka, boleh bubuh sedikit pewarna kuning.

Tuesday, December 8, 2009

Kek Coklat Cheese

Bahagain kek

500 gm muffin mix (perisa coklat)
3 biji telur
75 gm minyak jagung atau mentega cair
200 gm air

1. Satukan semua bahan di atas & pukul dengan kelajuan tinggi sampai gebu & pekat.
2. Bahagi kepada 2 bahagian.
3. Bahagian pertama dituang ke dalam acuan & bakar sampai masak.


Bahagian cheese

500 gm cream cheese
120 gm gula halus
4 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
30 gm tepung gandum

1. Pukul cream cheese bersama gula sampai sebati.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus dipukul.
3. Tambah sedikit esen vanilla.
4. Masukkan tepung gandum & gaul sebati.
5. Tuang adunan cheese ini ke atas lapisan coklat pertama tadi. Ratakan.
6. Tuang bahagian kedua adunan coklat & bakar sampai masak.

Saturday, December 5, 2009

Kek Coklat Cadbury

1 tin mentega (16 oz)
4 kiub coklat masakan (lebih kurang 100 gm)
2 1/2 gelas gula halus (boleh dikurangkan jika tidak suka terlalu manis)
300 gm horlick
3 gelas tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
8 biji telur (saiz A)
1 sudu makan browning sugar (guna jenis liquid atau cair) -kalau di Kuching, boleh beli di 3K

1. Masak separuh daripada gula bersama mentega sampai cair.
2. Masukkan coklat masakan & masak sampai sebati. Sejukkan adunan ini.
3. Tepung diayak bersama soda bicarbonate.
4. Pukul telur bersama baki separuh lagi gula sampai gebu. Masukkan horlick berselang-seli dengan tepung. Gaul sebati.
5. Tuang perlahan-lahan adunan mentega (pastikan adunan sudah betul-betul sejuk) ke dalam adunan tepung sambil dikacau. Tambah sedikit browning sugar.
6. Tuang ke dalam acuan 9x9 dan kukus selama 4 jam.
7. Semasa mengukus, acuan hendaklah ditutup dengan aluminium foil supaya air tidak masuk.

Tart Nenas

250 gm mentega
50 gm tepung susu
50 gm gula halus
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla
380 gm tepung gandum, diayak
sedikit pewarna lemon yellow (kalau suka)
jem nenas secukupnya (boleh dibeli dari kedai yg menjual bahan kek)

1. Kacau rata mentega, gula, kuning telur, vanilla & tepung susu.
2. Masukkan sedikit pewarna lemon yellow.
3. Masukkan tepung & uli sehingga sebati. Rehatkan doh sebentar.
4. Masukkan sedikit doh ke dalam acuan samprit yang bergigi & tekan memanjang.
5. Letakkan jem nenas, gulung & potong.
6. Bakar dengan kepanasan yang sederhana (160 C) sampai masak.

Friday, December 4, 2009

Bingka Durian



4 biji telur
380 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
700 ml santan
250 gm isi durian
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen durian (kalau suka)
2 sudu makan mentega (cairkan)
sedikit pewarna kuning

1. Blend isi durian dengan santan. Ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula sampai gula hancur.
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan adunan santan. Kacau rata.
4. Masak adunan atas api sederhana sambil dikacau sampai pekat sedikit.
5. Masukkan mentega cair & kacau sebati.
6. Bakar dalam acuan 9x9 yang beralas kertas minyak selama lebih kurang 60 minit.

Nasi Keladi

2 cawan beras (Siam wangi)
100 gm isi ayam (dipotong dadu)
3 ulas bawang merah (dicincang)
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak bijan
5 kuntum cendawan Cina (direndam & potong dadu)
50 gm udang kering (direndam sekejap)
300 gm keladi cina (dipotong dadu)
650 ml air

Bahan perasa A (untuk nasi)
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula
1/4 sudu teh lada
1/2 sudu teh rempah 5 jenis (5 spice powder)

Bahan perasa B
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu makan serbuk ayam
1/2 sudu teh lada
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula

Satukan semua bahan perasa B dalam sebuah mangkok & ketepikan.

Bahan tabur atas nasi
sedikit cili merah (potong dadu kecil)
sedikit daun bawang (dipotong halus)

1. Gaul beras bersama bahan perasa A.
2. Panaskan kuali & masukkan minyak masak & minyak bijan.
3. Tumis bawang merah sampai naik bau & tambah udang kering.
3. Masukkan isi ayam, cendawan, keladi & gaul rata.
4. Masukkan kesemua bahan perasa B & kacau lagi.
5. Masukkan beras & gaul sampai rata.
6. Masukkan beras yang sudah digaul rata ke dalam rice cooker.
7. Tambah air & masak seperti memasak nasi biasa.
8. Hiaskan nasi dengan cili & daun bawang.

Yogurt Chocolate Cake

180 gm mentega
250 gm gula halus
4 biji telur
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
secubit garam
250 gm yogurt (plain)
100 ml susu segar (Dutch Lady fresh milk)
1 sudu teh esen vanilla
120 gm coklat masakan (cairkan cara double boil)
50 gm badam /walnut cincang (kalau suka)

1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bicarbonate & garam beberapa kali (3-4 kali).
2. Yogurt di campur dengan susu segar & esen vanilla & gaul rata.
3. Mentega dipukul bersama gula sehingga gebu.
4. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus dipukul.
5. Masukkan coklat yang sudah dicairkan & gaul sebati.
6. Tambah tepung sedikit-sedikit & gaul perlahan (guna tangan sahaja, jgn guna mesin)
7. Masukkan adunan yogurt & gaul perlahan sampai sebati. Masukkan badam/walnut cincang.
8. Bakar dalam acuan 8x8 (dialas kertas minyak) selama lebih kurang 50-60 minit (180 C).

Butter Cheesecake

250 gm cream cheese
80 gm butter
3 eggs
1 tsp vanilla essence
60 gm flour
20 gm cornflour
120 gm castor sugar
1/2 lemon juice & rind

1. Cream the cheese, butter & half of the sugar
2. Add in egg yolks, one at a time.
3. Add in vanilla essence, lemon juice, rind & flour.
4. Beat egg whites with the remaining sugar till stiff. Add to creamed mixture.
5. Pour into loose base tin & steam bake for about 45 mins at 200 C

Kek Oren Marmalade

250 gm mentega
180 gm gula halus
3 biji telur (gred A)
250 gm tepung naik sendiri (SRF) - ayak sebelum digunakan
2 camca besar jem oren marmalade
2 camca besar air perahan limau sunkist
1 camca besar parutan kulit limau sunkist
secubit garam

1. Satukan oren marmalade dengan perahan air limau. Ketepikan.
2. Pukul mentega bersama gula sampai gebu.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi sampai sebati.
4. Masukkan parutan kulit limau & garam.
5. Masukkan tepung berselang-seli dengan oren marmalade. Gaul sebati.
6. Bakar dalam acuan 8x8 yang beralas kertas minyak.