CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Saturday, December 5, 2009

Kek Coklat Cadbury

1 tin mentega (16 oz)
4 kiub coklat masakan (lebih kurang 100 gm)
2 1/2 gelas gula halus (boleh dikurangkan jika tidak suka terlalu manis)
300 gm horlick
3 gelas tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
8 biji telur (saiz A)
1 sudu makan browning sugar (guna jenis liquid atau cair) -kalau di Kuching, boleh beli di 3K

1. Masak separuh daripada gula bersama mentega sampai cair.
2. Masukkan coklat masakan & masak sampai sebati. Sejukkan adunan ini.
3. Tepung diayak bersama soda bicarbonate.
4. Pukul telur bersama baki separuh lagi gula sampai gebu. Masukkan horlick berselang-seli dengan tepung. Gaul sebati.
5. Tuang perlahan-lahan adunan mentega (pastikan adunan sudah betul-betul sejuk) ke dalam adunan tepung sambil dikacau. Tambah sedikit browning sugar.
6. Tuang ke dalam acuan 9x9 dan kukus selama 4 jam.
7. Semasa mengukus, acuan hendaklah ditutup dengan aluminium foil supaya air tidak masuk.

No comments:

Post a Comment