CANTIKDANSEDAP

selamat datang ke blog CANTIKDANSEDAP

selamat mencuba resipi-resipi dari BUMI KENYALANG......

Tuesday, December 8, 2009

Kek Coklat Cheese

Bahagain kek

500 gm muffin mix (perisa coklat)
3 biji telur
75 gm minyak jagung atau mentega cair
200 gm air

1. Satukan semua bahan di atas & pukul dengan kelajuan tinggi sampai gebu & pekat.
2. Bahagi kepada 2 bahagian.
3. Bahagian pertama dituang ke dalam acuan & bakar sampai masak.


Bahagian cheese

500 gm cream cheese
120 gm gula halus
4 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
30 gm tepung gandum

1. Pukul cream cheese bersama gula sampai sebati.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus dipukul.
3. Tambah sedikit esen vanilla.
4. Masukkan tepung gandum & gaul sebati.
5. Tuang adunan cheese ini ke atas lapisan coklat pertama tadi. Ratakan.
6. Tuang bahagian kedua adunan coklat & bakar sampai masak.

1 comment:

  1. Terima kasih kerana telah menyediakan resipi yang sedap-sedap, khusus untuk mereka yang tak berapa nak pandai buat kuih.Kalau nak order online macam mana? Saya telahpun mencuba resipi Tat Nenas anda akhirnya saya berjaya setelah sekian lama mencari resipi yang betul.

    ReplyDelete