180 gm mentega
250 gm gula halus
4 biji telur
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
secubit garam
250 gm yogurt (plain)
100 ml susu segar (Dutch Lady fresh milk)
1 sudu teh esen vanilla
120 gm coklat masakan (cairkan cara double boil)
50 gm badam /walnut cincang (kalau suka)
1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bicarbonate & garam beberapa kali (3-4 kali).
2. Yogurt di campur dengan susu segar & esen vanilla & gaul rata.
3. Mentega dipukul bersama gula sehingga gebu.
4. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus dipukul.
5. Masukkan coklat yang sudah dicairkan & gaul sebati.
6. Tambah tepung sedikit-sedikit & gaul perlahan (guna tangan sahaja, jgn guna mesin)
7. Masukkan adunan yogurt & gaul perlahan sampai sebati. Masukkan badam/walnut cincang.
8. Bakar dalam acuan 8x8 (dialas kertas minyak) selama lebih kurang 50-60 minit (180 C).
No comments:
Post a Comment